5 Tips Wajah Makin Flawless & Awet Muda Hanya Dengan Ais



Korang tau Ais nie banyak manfaat dan penggunaannya. Semua orang tahu yang Ais nie bukan sahaja untuk menyejukkan minuman, tetapi juga boleh digunakan sebagai petua untuk mencantikkan wajah.

Jom Kak Gee kongsikan beberapa manfaat yang boleh digunakan untuk mencantikkan wajah dengan ais batu.


5 Kelebihan ais batu yang perlu anda tahu :-

1. Mengecilkan Liang Pori Pada Wajah 
Untuk mengurangkan liang pori yang besar pada wajah. Caranya, anda hanya perlu tekap ketulan ais batu yang sudah dibalut dengan tuala kecil di wajah anda untuk mengurangkan liang pori sebelum anda mengenakan mekap.

2. Mengembalikan kesegaran wajah. 
Apabila anda menekap ais di wajah, secara automatik ia akan meningkatkan peredaran darah. Dengan itu, ia akan menimbulkan efek sejuk yang menyegarkan pada kulit anda yang kelihatan penat ataupun kusam. Ambil beberapa ketulan ais dan letakkan dalam gelas kaca. Kemudian gunakan gelas kaca tersebut untuk menyejukkan wajah anda. Atau, letakkan ais di dalam tuala kecil dan tekapkan pada wajah anda.
3. Mengurangkan Mata Yang Sembap
Mata yang sembap boleh terjadi akibatkan kurang tidur, mata yang penat atau terlalu stress. Caranya, bungkus beberapa ketulan ais batu dengan tula dan gosok perlahan-lahan di permukaan kulit di bahagian mata anda. Kesejukan ais akan memberikan efek yang menenangkan di mata anda.
4. Merawat Masalah Jerawat 
Jerawat ialah musuh utama wanita. Kehadirannya pasti tidak disenangi wanita. Ambil beberapa ketulan ais dan gosokkan pada jerawat tersebut dengan lembut. Ia boleh mengurangi bengkak dan kemerahan pada wajah. Selain itu, ais juga boleh  mengimbangkan pengeluaran minyak  berlebihan serta mengecutkan  jerawat anda.
5. Melancarkan Peredaran Darah 
Gosok ais batu yang sudah dibalut tuala kecil pada wajah selama satu minit. Ia berfungsi untuk melancarkan peredaran darah, ia sangat efektif untuk mencegah tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan bintik-bintik hitam. Lakukan secara rutin, tiga kali sehari untuk mendapat hasil yang lebih sempurna.
Di samping teknik mengoles terus pada wajah anda juga boleh melakukan tiga langkah facial ais seperti berikut untuk merawat wajah.


1. Penuhkan mangkuk besar dengan air sejuk.
2. Tambah ketulan ais.
3. Pin rambut anda ke belakang kemudian rendam wajah dalam air ais ini selama 10-30 saat. Lakukan sebanyak tiga kali.



Selamat mencuba.. semoga korang semua dapat wajah peloles dan awet muda yee :).

Comments

Popular posts from this blog

Cara nak buat nasi bubur berperisa lobak, kentang dan isi ayam

28 Weeks.....Check up @ Klinik Ibu & Anak & Registration @ HUKM

Lahirnya insan bernama : Muhammad Adam Bin Mohd Nizam